Skip to main content

Menyalin fail bersaiz besar ke cakera luaran.

Semenjak berUnifi, gua dah terasuh untuk menjadi kaki torrent movie. Sungguh la banyak. Bukan takat movie je. Aplikasi-aplikasi yang mempunyai harga bersifat bangsawan pun gua torrentkan jugak. Oh! Dan pen"toren"an gua selalunya file yang berresolusi tinggi (high-res). Sungguh la tinggi. Paling tinggi sekarang ni muvi omputih apa ntah, saiznya 8GB.

8GB!

Besar bukan main tu.

Dan permasalahan gua selepas memuat turun muvi yang saiznya besar gedabak itu, adalah untuk menyalin (copy) semula file tersebut ke cakera padat luaran (external harddisk) gua. Selama ni gua abaikan je, mana-mana file yang besar tu, gua biarkan je dia menjeruk kat dalam pc kat rumah nun. Mana yang boleh disalin, gua salin. Tapi makin hari makin banyak pulak yang tak boleh disalin. Bosan la pulak kalau nak tengok muvi, kena bukak pc.


Jadi semalam, gua tetiba rajin nak carik apa sebenarnya punca masalahnya. Dan gua dah jumpa apa sebenarnya punca permasalahannya (dan penyelesaiannya).
  1. Cakera luaran yang ber"file system"kan FAT32 hanya boleh menyalin file maksimum bersaiz 4GB. Cait! Pasal tu lah tak boleh copy. Err! Apa itu File System? Gua tak tau. Tapi boleh baca kat sini.
  2. Makanya, untuk meneruskan usaha murni dan melampiaskan nafsu lu untuk menyalin file tersebut ke dalam cakera luar, lu kena formatkan cakera luar tu ke format NTFS
  3. Camna? Camni.
    • Format keseluruhan hard disk. Pastikan anda menjadi cerdik dan bijak untuk membackup dulu files yang ada dalam hard disk tu sebelum di format. Sebagai pengguna Sistem Operasi Windows yang tegar, gua boleh ajar lu cara yang paling mudah. Kat Explorer tu, lu right-click kat lu punya external hard disk, pilih Format. Pastu pilih Full Format dan pilih lah NTFS*.
    • Ada cara yang lebih memudahkan. Tak perlu buat full format. Gunakan DOS command. Taip kan CONVERT d: /FS:NTFS, dimana "d"  ialah drive letter untuk cakera luar lu. Boleh rujuk di sini dan sini.
    • Sekiranya masih gagal, cuba zip kan file tu dan cuba sekali lagi. (rujuk sini)


Begitulah cara-cara yang gua jumpa. Malam nanti gua cuba. Eheh!

Comments

Popular posts from this blog

[PHP] Rujukan Untuk Penyelesaian Masalah Serangan CSRF

Setiap kali membuat projek yang membuka aksesnya kepada orang awam, pasti akan "terdedah" dengan pelbagai jenis serangan siber. Antaranya; Cross-site scripting dan Cross Site Request Forgery (CSRF) Entri ini lebih kepada penyelesaian CSRF. Hasil carian di internet, beberapa penyelesaian ini (dan penduan untuk pemahaman) mungkin sesuai untuk dirujuk.   http://shiflett.org/articles/cross-site-request-forgeries   https://gist.github.com/ziadoz/3454607 http://resources.infosecinstitute.com/fixing-csrf-vulnerability-in-php-application/   https://www.sitepoint.com/preventing-cross-site-request-forgeries/   http://stackoverflow.com/questions/6287903/how-to-properly-add-csrf-token-using-php