Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2012

Menyalin fail bersaiz besar ke cakera luaran.

Semenjak berUnifi, gua dah terasuh untuk menjadi kaki torrent movie . Sungguh la banyak. Bukan takat movie je. Aplikasi-aplikasi yang mempunyai harga bersifat bangsawan pun gua torrentkan jugak. Oh! Dan pen"toren"an gua selalunya file yang berresolusi tinggi ( high-res ). Sungguh la tinggi. Paling tinggi sekarang ni muvi omputih apa ntah, saiznya 8GB. 8GB! Besar bukan main tu. Dan permasalahan gua selepas memuat turun muvi yang saiznya besar gedabak itu, adalah untuk menyalin ( copy ) semula file tersebut ke cakera padat luaran   ( external harddisk )  gua. Selama ni gua abaikan je, mana-mana file yang besar tu, gua biarkan je dia menjeruk kat dalam pc kat rumah nun. Mana yang boleh disalin, gua salin. Tapi makin hari makin banyak pulak yang tak boleh disalin. Bosan la pulak kalau nak tengok muvi, kena bukak pc. Jadi semalam, gua tetiba rajin nak carik apa sebenarnya punca masalahnya. Dan gua dah jumpa apa sebenarnya punca permasalahannya (dan penyelesaiannya).